Tahukah Kamu Kitab Taurat,Zabur,Injil dan Al-Quran Ditulis Dalam Bahasa Apa?
on Thursday, March 28, 2013
Di
kesempatan ini mselim3 ingin berkongsi sedikit ilmu untuk tatapan
pengunjung setia blog ini. Tahu tak pengunjung sekalian 4 kitab Allah
iaitu kitab taurat,zabur,injil dan Al-Quran. Mari kita sama baca dan
mengkaji antara 4 kitab Allah ini :
1- Kitab Taurat
Kitab
Taurat telah diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Musa as dalam bahasa
Ibrani. Dalam kitab Taurat ini terkandung hukum syarak dan keyakinan
yang betul. Ia juga menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman
(Muhammad saw) akan lahir dari keturunan Nabi Ismail as . Kitab Taurat
yang asli tidak ditemui lagi pada masa sekarang kerana isinya telah
ditokok tambah oleh orang-orang yahudi.
2- Kitab Zabur
Kitab
Zabur telah diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Daud as dalam bahasa
Qibthi. Kitab Zabur tidak mengandungi hukum perundangan . Kandungannya
hanya mengenai perkhabaran, cerita , zikir , doa dan hikmah-hikmah. Oleh
sebab itu, Nabi Daud tidak mempunyai syariat tersendiri , ia dan
umatnya hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Musa as.
Kitab
injil telah diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Isa as dalam bahasa
Suryani . Diantara kandungannya yang utama ialah menyeru umat manusia
agar meng-Esakan Allah swt . Kitab Injil juga memberitakan akan
kelahiran seorang Nabi dan rasul di akhir zaman iaitu Nabi Muhammad saw.
Orang-orang Yahudi telah mengingkari akan kebesaran Allah swt . Mereka
telah menghimpunkan kitab-kitab ini menjadi satu yang diberi nama
"bible". Kemudian mereka ubah isi kandungannya mengikut kehendak hati
mereka agar berkesesuaian dengan kehidupan mereka seharian. Bible ini
terbahagi kepada dua bahagian besar. Pertama bahagian Taurat yang
dinamakan dengan perjanjian Lama (Old Testament). Kedua bahagian Injil
yang dinamakan dengan perjanjian baru (New Testament).
4- Kitab Suci Al-Quran
Kitab
suci Al-Quran adalah sebuah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
saw . Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Di dalam Al-Quran
mengandungi hukum-hukum serta peraturan yang lengkap meliputi seluruh
aspek kehidupan manusia, sama ada untuk mencapai kemakmuran hidup di
dunia maupun untuk kebahagiaan hidup di akhirat. Ajaran yang disampaikan
di dalam A-Quran sesuai untuk seluruh umat manusia dipermukaan bumi ini
tidak kira bangsa dan keturunannya. Ajaran yang termuat di dalam
Al-Quran lengkap dan sempurna, ia tidak akan berubah dan kekal
selama-lamanya bahkan ia tetap terpelihara oleh Allah. Al-Quran
merupakan mukzijat Nabi Muhammad saw yang terbesar dan berkekalan
sehingga hari kiamat.



Tidak ada komentar:
Posting Komentar